Monday, December 1, 2008

KEJOHANAN MOTOCROSS TERBUKA JOHOR

( KLIK 2 KALI PADA GAMBAR )


Sukarelawan Rakan Muda bersama pegawai dan staf Pejabat Belia dan Sukan Batu Pahat

Aksi penunggang profesional

Sukarelawan Rakan Muda


Kaunter Pendaftaran Rakan Muda Ayer Hitam



Barisan Pemenang bersama hadiah masing-masing









Wednesday, November 12, 2008

MESYUARAT AGUNG





MESYUARAT AGUNG PERTAMA KELAB RAKAN MUDA AYER HITAM

Tarikh : 29 September 2007
Masa : 09.00 Malam
Tempat : Dewan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Ayer Hitam
Penyelaras : 1.Cik Nurazuranida bte. Sharif
- Penggerak Rakan Muda Parlimen Ayer Hitam
2. En. Abdull Halid bin Saat
- Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam
Pengerusi Majlis : En. Abdull Halid bin Saat
Kehadiran : 103 orang
Aturcara Majlis

1. Pendaftaran Ahli Kelab Rakan Muda Parlimen Ayer Hitam

2. Bacaan Doa
- Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Hasrul Nizam bin Mislan.

3. Ucapan Alu-aluan oleh En. Abdull Halid bin Saat.
- Mengucapkan selamat datang kepada para ahli.
- Menerangkan tujuan mesyuarat yang diadakan iaitu untuk menubuhkan Kelab
Rakan Muda di kawasan Parlimen Ayer Hitam dan melantik jawatankuasa.
- Menerangkan serba sedikit matlamat dan objektif penubuhan Kelab Rakan
Muda.
- Memberi gambaran tentang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.

4. Pembentangan Kertas Kerja Penubuhan Kelab Rakan Muda Parlimen Ayer Hitam oleh Cik Nurazuranida bte. Sharif.
- Konsep penubuhan Kelab Rakan Muda
- Visi dan Misi
- Peranan dan Tanggungjawab Kelab
- Menerangkan isi kandungan Perlembagaan Kelab Rakan Muda
- Menjelaskan tugas dan tanggungjawab jawatankuasa kelab.
- Menjelaskan peraturan dan larangan yang terdapat di dalam perlembagaan.

5. Penajaan dan perlantikan ahli jawatankuasa
Para ahli telah sebulat suara dan bersetuju dengan penajaan dan perlantikan ahli jawatankuasa seperti berikut :

Pengerusi : Mohd. Shahrizan bin Abdullah
Timb. Pengerusi : Lim Chee Wee
Setiausaha Agung : Hasrul Nizam bin Mislan
Bendahari : Syahidatul Akma bte. Abdull Halid
Ahli Jawatankuasa : 1. Mohd. Affiffudin bin Ariffin
2. Ali Maddah bin Hasan
3. Mohd. Jauhar bin Khamis
4. Norhamizi bin Remlan
5. Shafiq Izzat bin Abdullah
6. Mohd. Hamim bin Mohd Lajis
7. Zairulmiza bin Zainal
8. Hafiz bin Shahri
9. Syafiq bin Yahya
10. Mohd. Azrudin bin Rasikan
11. Sulaiman bin Ahmat
12. Mohd. Khairi bin Adnan
13. Mohd. Firdaus bin Abu Nawar
14. Erni Zarina bte. Mahlan

Pemeriksa Kira-kira : 1. Nurizzwany bte. Abdullah
2. Mohd. Aidil bin Hj. Shari


6. Usul dan cadangan
i. Ali Maddah bin Hasan
- Mencadangkan Nurizzwany bte. Abdullah dan Mohd. Aidil bin Hj. Shari
sebagai Pemeriksa Kira-kita. - Cadangan disokong sebulat suara.
ii. Hasrul Nizam bin Mislan
- Mencadangkan supaya Kelab Rakan Muda Parlimen Ayer Hitam membuka
akaun semasa di Maybank cawangan Parit Raja.
- Cadangan disokong sebulat suara.
iii. En. Abdull Halid bin Saat
- Mencadangkan supaya mengadakan Majlis Perasmian Penubuhan Kelab Rakan
Muda Parlimen Ayer Hitam bersama-sama dengan Majlis Sambutan Hari Raya.
- Cadangan disokong sebulat suara. Tarikh dan perlaksanaan akan dibincangkan
dalam mesyuarat akan datang.

7. Ucapan Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Ayer Hitam.
- Menegaskan tentang matlamat dan objektif penubuhan Kelab Rakan Muda
- Menerangkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan
antaranya Majlis Tadarus al-Quran bersama Datuk Seri Azalina Othman Said
Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 04 oktober 2007 di Masjid Jamek Ayer
Hitam, majlis perasmian dan sambutan hari raya dan program mencari harta
karun ( Treasure hunt ).

8. Penutup oleh En. Abdull Halid bin Saat
- Mengingatkan ahli jawatankuasa dan para ahli tentang matlamat dan objektif
penubuhan Kelab Rakan Muda.
- Menggalakkan para ahli supaya mempromosikan Kelab Rakan Muda Parlimen
Ayer Hitam dan menarik minat para remaja untuk turut serta menjadi ahli kelab.
- Pastikan Kelab Rakan Muda Parlimen Ayer Hitam menjadi contoh terbaik di
kalangan Kelab Rakan Muda di kawasan parlimen yang lain.


9. Mesyuarat ditangguhkan pukul 11.30 malam.

PERASMIAN





Tarikh : 4 Oktober 2007

Tempat : Masjid Jamek Ayer Hitam

Aktiviti : Perasmian Program Tadarus dan Berbuka Puasa Rakan Muda Ramadhan.

Perasmian : Y.B. Dato' Sri Azalina bte Dato' Osman Said

Diari aktiviti :

2.00 ptg - Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran

4.30 ptg - Solat Asar

5.00 ptg - Ceramah Agama

6.00 ptg - Majlis Perasmian

7.00 ptg - Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib